BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Pengenalan Mengenai Gejala Sosial

Mutakhir ini. gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Gejala sosial juga dapat dikupas kepada beberapa aspek seperti buli, vandalisme, dadah, lesbian, pembuangan bayi, seks bebas, mat rempit, ragut, gangsterisme, dan merokok. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah ini.

Blog ini direka khusus untuk mengupas tentang gejala sosial yang berlaku di negara ini secara lebih mendalam.

Gangsterisme


SEJARAH

Penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. Migrasi masyarakat Cina terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta pernah menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya turut diresapi aktiviti ini. Mereka yang paling aktif adalah dari kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba mendapatkan ahli melalui sistem Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusatkan kepada memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri, membunuh dan mengancam keselamatan orang ramai untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kumpulan berpengaruh. Dalam kalangan masyarakat India pula, pelabelan istilah geng bermula sejak tahun 1960-an apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti yang menjurus kepada jenayah terutama dengan pengaruh dari kumpulan etnik Cina. Ada kumpulan yang menyamai aktiviti ini seperti mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula yang bergaduh semata-mata kerana isu wanita.Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena yang di anggap menular di kalangan remaja dewasa ini.Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian remajandalam arus pembangunan Negara.

FAKTOR-FAKTOR

Banyak bentuk manifestasi globalisasi dan modenasasi yang membawa kepada gejala gengsterisme dalam masyarakat tanpa mengira peringkat umur.Memang tidak dapat di nafikan impak globalisasi dan modenisasi kepada masyarakat di Bandar mahupun luar Bandar sangat besar berdasarkan dengan bantuan berbagai alat media massa yang serba canggih.Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran pelbagai informasi.Melalui teknologi yang semakin canggih ini,golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat,namun tidak semua maklumat itu sesuai untuk semua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka contohnya paparan adegan-adegan dari filem yang ditonton menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.

Seterusnya internet,internet kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat sedunia sebagai salah satu cara baru berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula,talian telefon berasaskan IP yang semakin popular dewasa ini.Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya.Kini di Malaysia,internet menjadi medium penyampaian baru apabila kebanyakkan pemimpinmenggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat.Tetapi di dalam portal-portal social seperti myspace,facebook,Hi-5 dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya perkembangan globalisasi pada hari ini menunjukkan bahawa media massa mempengaruhi pergerakan remaja hari ini.

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti buka Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini.

Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.

Dadah


PENGENALAN


Isu ini sudah lama diperkatakan dan dibahaskan tetapi masih ada lagi segelintir pihak yang masih belum sedar akan bahayanya gejala social ini jika terus dibiarkan berterusan tanpa tindak yang sepatutnya.Majoriti penggunaan dadah sekarang bertentangan dengan kepentingannya yang sebenar.Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan adalah penyalahgunaan bahan yang merangkumi alcohol,tembakau,kokain,marijuana(ganja),dadah-dadah perangsang,LSD dan inhalan(bahan yang disedut).Kebanyakkan dadah disalahgunakan dengan menghasilkan secara semulajadiseperti candu yang tidak boleh digunakan oleh manusia.Menyingkap sedikit sejarah penggunaan dadah penggunaan dadah,menurut Dzulkifli abdul Razak dari Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM) mengatakan sejarah kewujudan dadah dikesan sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu dimana dadah yang dibawa masuk ke Negara Arab oleh orang-orang Parsi yang tidak beragama seperti yang dinyatakan oleh Al-Muqrisi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hitat.Manakal sejarah penggunaan dadah di Malaysia pula bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu menghisap candu. Kebanyakkan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti. Walaubagaimanapun penyalahgunaan ganja lebih tertumpu kepada kaum Melayu terutamanya golongan nelayan yang menggunakan ganja agar mereka dapat berjaga sehingga lewat malam.

DEFINISI DADAH

Dadah boleh di definisikan sebagai segala bahan kimia sama ada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organism dari segi fizikal dan mental.Dadah merupakan bahan kimia yang psikoaktif yang mempunyai cirri-ciri seperti mempunyai kesan-kesan yang paling ketara ke atas system saraf pusat otak dan saraf tunjang,digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya dilarang.Selain itu,ianya diperoleh secara haram,membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan mendatangkan kesan-kesan buruk kepada atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial individu terbabit.

JENIS-JENIS DADAH

Terdapat 5 jenis dadah antaranya:
1. Opiat-iaitu heroin,morfin,candu dan kodein
2. Kanabis¬-iaitu ganja dan hashish
3. Depresen-iaitu sedative,hipnotik jenis barbiturate dan bukan barbiturate serta tranquilizer.
4. Stimulan-iaitu jenis amfetamin dan kokain
5. Halusinagen-Lysegic acid diethylamide (LSD),sneskalin dan psilosibin.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan ke atas penagih-penagih dadah dan juga mereka yang pernah menyalahgunakan dadah terdapat beberapa faktor yang dapat dikenal pasti berlakunya masalah penyalahgunaan dadah antaranya ialah faktor utama berlakunya gejala ini ialah keinginan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru.Keinginan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih dadah ini kerana mereka lebih mudah terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.Selain itu,kurang pendedahan ilmu tentang dadah dan ini kebiasaanya berlaku kepada remja di luar bandar dan juga mereka yang tercicir dalam pelajaran.Mereka tidak mengetahui betapa bahayanya setiap jenis dadah tersebut.Oleh itu,apabila mereka merasai nikmat dadah mereka beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada diri mereka sendiri.Penagihan dadah juga bermula dengan dipengaruhi oleh rakan-rakan dan juga ingin menyesuaikan diri dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.Selain itu,tekanan yang dialami akibat masalah peribadi,keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah.Apabila tekanan emosi keterlaluan kemurungsn akan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berhadapan dengan tekanan itu akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi walaupun hanya bersifat sementara.Kesibukan ibu bapa masa kini yang mengejar kebendaan juga menyebabkan berlakunya gejala ini terutama di kalangan remaja.Ibu bapa kurang meluangkan masa bersama untuk berinterksi ataupun berkomunikasi dengan anak-anak menyebabakan anak-anak terasa dirinya terabai dan kurang perhatian menyebabkan mereka mula melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan seterusnya mula bertindak berani dengan mengambil dadah.Remaja kini juga terikut-ikut dengan budaya barat dan ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.Kebijaksanaan dan kehebatan pengedar dadah juga menyebarkan pengaruhnya menyebarkan pengaruhnya menyebabkan belakan dadah mudah diperolehi dengan mudah di merata-rata tempat.Pada zaman moden ini juga,remaja kurang mendalami dan menghayati ilmu agama menyebabkan mereka terlalu mudah terbabit di dalam gejala ini tanpa berfikir hukum Islam.


TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH

Berikut merupakan cirri-ciri penyalahgunaan dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri

GEJALA-GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH

Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama

Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.

KESAN-KESAN PENYALAHAN GUNAAN DADAH


Penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi kesan yang negatif kepada individu terbabit tetapi juga kepada masyarakat dan negara.

Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.Seterusnya kepada Negara dan masyartakat dari segi ekonomi,politik dan sosial juga turut diambil kira.
Dari segi ekonomi antaranya ialah ekonomi akan merosot kerana kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk merawat dan mengubati penagih-penagih dadah terutamanya penagih tegar.Misalnya kos di pusat serenti dan juga di hospital.Tambahan pula ubat-ubatan untuk mengubati penagih-penagih ini merupakan kos yang tinggi dan mengambil jangka masa yang agak panjang untuk sembuh sepenuhnya.Alangkah baiknya kos yang dikeluarkan itu kerajaan gunakan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat untuk rakyat seperti membasmi kemiskinan di luar bandar.Manakala,dari segi politik pula ialah antaranya keadaan Negara kurang selamat untuk rakyat kerana jenyah kerap berlaku tanpa mengira tempat ataupun masa.Mengikut penyelidikan yang dilakukan kebanyakan jenyah dilakukan oleh penagih-penagih dadah misalnya kejadian rompakan,rogol,ragut dan sebagainya.Keadaan ini amat membimbangkan dan boleh menjejaskan institusi pelancongan negara.Selain itu rasuah turut akan berlaku dengan mudahnya.Terakhir dari segi sosial adalah keluarga dan masyarakat akan menjadi porak peranda.Penyakit brjangkit seperti HIV atau AIDS akan mudah dijangkiti dan ini amat merbahaya terutamanya jika berlaku kepada kanak-kanak yang tidak bersalah.Selain itu akan wujud golongan penagih jalanan yang mencemarkan keindahan bandaraya dan juga pusat-pusat Bandar yang menjadi tumpuan pelancong.Ini akan mencemarkan imej negara dan pelancong tidak akan merasa aman dan selamat kerana bimbang akan menjadi mangsa jenayah oleh penagih-penagih tersebut.Penyalahgunaan dadah ini juga akan meyebabkan segelintir remaja mengalami keciciran dalam pelajaran.Ini adalah kerana,sekiranya remaja terjebak di dalam gejala ini mereka akan mula hilang minat untuk terus belajar dan seterusnya akan berlakulah masakah disiplin hingga boleh membuatkan mereka dibuang persekolahan.Kesimpulannya,penyalahgunaan dadah ini merupakan ibu segala gejala sosial yang boleh memusnahkan segala-galanya terutamanya masa depan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Langkah Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.
Selain itu,pihak Kementerian Pelajaran juga telah telah mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi.Kementerian Pendidikan juga memperluaskan kerjasama di antara JPN,PPD dengan PIBG,Briged KOmuniti dan pihak polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatyan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.Pihak Kementerian Pendidikan juga melaksanakn program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti pelajar yang bermasalah.

Langkah Pemulihan
Menghantar penagih-penagih dadah tersebut ke pusat serenti dan merawat mereka dengan beransur-ansur.Kaunseling turut diberikan bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga kepada ibu bapa.Kaunseling amat penting dalam proses pemulihan kerana individu-individu terbabit perlu membina keyakinan diri semula dan seterusnya mempersiapkan diri untuk memulakan kehidupan yang baharu.selain itu,pihak pusat pemulihan ini juga akan menyediakan beberapa kursus atau aktiviti untuk mengisi masa lapang penagih-penagih dadah ini dan seterusnya boleh memepersediakan diri mereka untuk bekerja apabila dibebaskan daripada pusat pemulihan itu kelak.Ubat-ubatan turut diberikan untuk menguatkan kembali antibodi mereka dan juga memperbaiki sistem dalaman tubuh yang rosak akibat najis dadah ini.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya,sudah jelas di sini najis dadah ini amat berbahaya dan boleh membawa maut.Masyarakat kini terutamanya remaja haruslah sentiasa berhati-hati dalam mengatur kehidupan.sikap mengambil tahu haruslah sentiasa ada di dalam diri setiap individu agar tidak terjerat di dalam kancah kemusnahan ini.Bak kata pepatah “menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna” sayangilah diri anda dan juga keluarga.


Buli


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Terdapat definisi lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, tenteram dan harmoni. Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

Kenapakah mereka sering membuli?

Antara faktor-faktor yang membawa kepada perlakuan buli :
• Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengubah tingkah laku seseorang pelajar.
• Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
• Mereka pernah menjadi mangsa buli.
• Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak mengambil peduli perasaan orang lain.
• Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
• Tertekan dengan masalah kekeluargaan seperti perceraian ibubapa.
• Membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan ketika di sekolah.
• Marah dan benci pada pelajar yang disayangi oleh guru.
• Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
• Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan penting ialah media massa yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang negatif sehingga menjadi ikutan golongan remaja.
Perbuatan buli juga melibatkan pelajar perempuan.
Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tetapi sebenarnya pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut. Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung. Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan besar, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan. Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.

Jenis-jenis buli

Buli fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Perbuatan yang ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental / verbal
Lebih kepada mengusik, menghina dan ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Walaupun kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Buli antisosial
Tingkah laku yang berkaitan dengan buli antisosial ialah seperti memulau, mengata, memfitnah dan merosakkan harta benda. Tingkah laku ini merupakan tingkah laku buli secara tidak langsung.
Kesan buli
Pembuli
Kesan luaran:
• Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
• Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap kanak-kanak dan wanita.
Mangsa buli
Kesan luaran
• Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
• Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Kesan dalaman
• Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, mengalami kemurungan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri dan sebagainya.

Rumusan

Sudah banyak kes yang mendedahkan mangsa menerima rawatan di hospital serta mengakibatkan kematian kerana terlalu teruk dibuli seperti kes Mohammad Naim Mustaqim, 16, dalam laporan akhbar Transisi edisi ketiga Julai 2010.
Peranan ibu bapa, penghayatan terhadap agama, pengawasan pihak sekolah, kempen dan penguatkuasaan undang-undang adalah langkah proaktif bagi memastikan kanak-kanak yang sedang melangkah ke alam remaja tidak terlibat dalam masalah ini. Perhatian daripada ibu bapa adalah amat penting kerana mereka yang paling hampir dengan anak mereka. Begitu juga dengan pengawasan dari pihak sekolah terutamanya ketika berada dalam kawasan sekolah. Penghayatan agama juga patut diterapkan tidak kira apapun agamanya. Penguatkuasaan undang-undang juga dapat menjamin keselamatan pelajar daripada terlibat atau menjadi mangsa.

Ringkasnya, gejala ini mampu ditangani jika semua pihak bersedia untuk mendengar dan duduk untuk berbincang. Usah kita menuding jari kerana masa depan pelajar terletak pada kewarasan kita menyelesaikan kemelut ini. Kalau kita bijak bertindak,masa depan pelajar akan lebih cerah.


Merokok

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

PENGENALAN

Tembakau yang merupakan bahan utama dalam rokok telah diperkenalkan secara meluas ke dunia islam oleh penjajah barat di kalangan masyarakat kita. Dewasa kini, merokok merupakan antara gejala sosial yang melibatkan semua sama ada golongan muda, dewasa dan golongan tua dan kadangkala dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan dan status bergaya seperti kacak.

Di dalam rokok terkandung bermacam bahan kimia antaranya seperti, Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen),dan nikotin menjadi punca utama penagihan. Simpton seterusnya yang timbul adalah gian kerana ia telah mesambolik sistem otak kita. Manakala seterusnya adalah Karbon Monoksida atau gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh asap kenderaan.


Tahap


Terdapat beberapa tahap yang akan dilalui oleh seseorang yang merokok seperti yang telah dinyatakan oleh Leventhal dan Clearly, dalam Chahyani 1995), iaitu Tahap pra-Permulaan dimana seseorang mendapat gambaran yang menyenangkan mengenai merokok dengan cara melihat mendengar dan sebagainya yang secara tidak langsung menimbulkan minat. Kedua, Tahap permulaan bermaksud tahap dimana perokok mula memikirkan sama ada mahu terus merokok atau sebaliknya. Ketiga, Tahap menjadi perokok, iaitu jika seseorang mula mengambil 4 batang rokok sehari, mereka akan mula ketagih dan mula menjadi perokok dan akhir sekali keempat, Tahap menjadi perokok tegar bermaksud tahap rokok menjadi sebahagian dari diri dan menjadi kemestian.

PUNCA

Terdapat beberapa punca yang mengundang kepada gejala merokok ini.Kurang kesedaran dalam diri dan masyarakat merupakan salah satu dari puncanya. Mereka menganggap merokok tidak membahayakan kesihatan dan merupakan satu budaya. Oeh itu, bagi mereka merokok saban hari tanapa memikirkan kesan smapingan yang akn mereka dapt kerana mengandaikan merokok sebagai perkara biasa yang dilakukan oleh semua masyarakat di dunia.

Punca lain adalah Kempen antimerokok yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu gagal.kempen TAK NAK! MEROKOK seperti tidak diendahkan lapisan masyarakat kerana dianggap sebagai perkara yang remeh dan membosankan. Selain tidak dapat menarik minat rakyat Malaysia, kempen ini juga dianggap gagal kerana masih ramai lagi yang merokok tanpa menghiraukan seruan kerajaan yang telah berhabis duit untuk menyedarkan rakyat betapa bahayaanya merokok.

Media massa juga memberikan impak yang besar dalam mempengaruhi seseorang merokok. Mereka seringkali memaparkan iklan-iklan mengenai rokok dan gambar-iklan yang memaparkan rokok sebagai tarikan iklan seperti ianya memberikan kebaikan kepada si perokok. Media massa selain itu mencari tajaan dari syarikat rokok bagi menaja sesuatu rancangan mereka kerana amat mudah dan tidak memerlukan prosedur yang ketat. Natijahnya, rokok akan di iklankan dan menarik minat perokok dan rakayat Malaysia yang lain.

Seterusnya adalah kegagalan institusi keluarga mendidik anak-anak. Ada segelintir ibu bapa yang terlalu mengejar kebendaan dan mula mengabaikan anak mereka lalu anak yang tertekan memilih merokok sebagai cara melepaskan perasaan mereka. Mereka yang kekurangan kasih sayang akan mecari ketenangan dengan merokok kerana merasakan diri mereka tersisih. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai ibu bapa, sesibuk mana pun, perlu ada masa bersama keluarga terutamanya keluarga yang baru membesar.

Tambahan pula, langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun lemah atau gagal menyebabkan gejala merokok ini tidak dapat dibendung. Hal ini kerana pihak peniaga yang tidak jujur dan ingin mencari keuntungan dengan menjual rokok kepada pelajar di bawah umur. Papan tanda yang dipasang menghalang bawah umur 18 tahun tidak boleh membeli hanya sekadar digunakan sebagai helah bagi menipu pihak berkuasa.

Peranan syarikat pengeluar rokok dalam mempengaruhi golongan remaja amat berjaya.Remaja memilih rokok dari jenama yang ternama seperti salem dan gudang garam kerana syarikat pengeluar seringkali mengubah perisa dan kotak rokok bagi menarik perhatian pembeli atau perokok. Perokok sanggup berhabis dek kerana kotak yang cantik dan jenama rokok tersebut yang berbeza-beza kandungannya.

Punca yang terakhir adalah rokok masih mampu dibeli oleh masyarakat. Harga rokok yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah menyebabkan pembeli mampu membelinya dengan keadaan rakyat Malaysia yang agak stabil kewangannya. Sungguhpun rokok dinaikkan harganya dengan ditambah dengan cukai, namun ramai yang masih memilih untuk merokok.

KESAN

Merokok sebenarnya banyak memberikan kesan sama ada kepada perokok atau perokok sekunder, iaitu ornag yang berada disekelilingnya, Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu yang sekaligus merosakkan paru-paru dan jantung yang harus kita jaga sebaik mungkin sebenarnya, bukan dengan sewenang-wenangnya kita merosakkannya dengn hanya merokok.

Asap rokok akan melalui tempat penghadaman dan percernaan. Kesan yang akan timbul adalah kerosakan esophagus. Bila esophagus rosak, kita akan mengalami kepayahan untuk bernafas dan akhirnya menyebabkan lelah.

Selain itu, racun dalam asap rokok menyebabkan penyempitan arteri yang secara tidak langsung menyebabkan ketagihan. Semakin sempit arteri itu, semakin tinggi tahap ketagihan merokok.

Asap rokok juga menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Jika ada ahli keluarga yang menghisap rokok dan melalui simpton-simpton tersebut, hendaklah dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor.

Tambahan pula, racun dari asap rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Kesan paling merbahaya adalah kepada ibu mengandung. kandungan bayi dalam ibu mengandung akan mengalami penyakit sampingan kerana si ibu menyedut asap rokok. Bayi mungkin akan mengalami lelah dan perkembangan terencat yang bukan hanya sementara, anmun dikhuatiri sepanjagn hayat.

Kesan yang terakhir adalah lemah ingatan. Nikotin menyebabkan kita hanya fokus kepada ketagihan tidak berminat kepada perkara lain. Perokok hanya memikirkan untuk merokok dan menjadi satu kewajiban setiap hari untuk merokok. Bagi pelajar sekolah pelajaran dan prestasi mereka akan merosot tanapa mereka sedari.

LANGKAH MENGATASI


Terdapat beberapa langkah bagi menangani gejala merokok ini. Pertama, catat kemajuan Anda. Anda perlu menentukan bila masa anda mahu berhenti merokok. Merupakan antara saranan Don R. Powel, Ph.D. ketua American Institute for Preventive Medicine di Farmingto Hills.

Langkah kedua, Tahan keinginan Anda. Setiap kali anda ingin merokok, cuba anda lewatkan perasaan itu agar anda akan mulai melengahkan masa untuk merokok itu. Lama kelamaan, anda akan mulai biasa.

Langkah seterusnya, Cari pertolongan. Anda hendaklah meminta pertolongan dari sahabat rakan dan keluarga bagi menghenti tabiat merokok atau anda pergi ke klinik berhenti merokok bagi mendapatkan dorongan dan panduan

Makanan gentian juga perlu dicari bagi mengelakkan ketagihan untuk merokok seperti gula getah.lebih baik mengunyah daripada merokok kerana akan lebih banyak terhasil air liur dari merosakkan jantung kita.

Selain itu, bayangkan Anda sedang demam. Langkah ini agak berkesan kerana jika anada fikir anda sedang demam, maka anda tidak akan mahu demam anda berterusan bukan?maka dengan langkah ini akan melengahkan lagi masa anda untuk merokok.

Meminum air masak adalah antara langkah bagi menghenti merokok. Dengan meminum air masak, anda akan lebih oksigen di otak dan menganggap air masak adalah lebih berkualiti dari rokok kerana melancarkan system imunisasi badan.

Terakhir sekali adalah melakukan aktiviti yang berfaedah. Lebih baik anda berkebun bersama keluarga anda. dengan jadual masa yang padat, tidak mungkin anda akan ingat tentang rokok lagi.

KESIMPULAN


Amalan merokok sebenarnya memudaratkan kesihatan kita. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, namun kepada orang sekeliling. Merokok juga merosakkan alam sekitar kerana kotak-kotak rokok akan dibiarkan bertaburan selain racun asap rokok itu sendiri yang mengandungi hampir 4000 bahan kimia yang berbahaya. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa amalan merokok yang dianggap sebagai budaya muda mudi amat memudaratkan kesihatan. Kia tidaklah perlu membazirkan wang hampir rm100 seminggu hanya ingin merosakkan jantung dan tubuh badan kita sahaja.




Black Metal


Gejala sosial “black metal” bukan lagi perkara baru dikalangan pelajar dan remaja di Malaysia. Bahkan gejala ini semakin menjadi-jadi umpama “cendawan tumbuh selepas hujan”. Black metal dapat didefinisikan sebagai kumpulan yang bersendikan kepada pemujaan syaitan yang telah diasaskan di barat dan terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu mereka pula menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan black metal juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas. Malah lagu-lagu mereka bukan sahaja pelik bahkan tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada pihak menggatakan inilah “bunyi syaitan” tetapi dianggap indah oleh pengikutnya. Kesimpulan kecil yang dapat dibuat mengenai black metal, mereka mahukan kebebasan dan benci peraturan.

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial black metal kian meningkat. Jika ditinjau sepintas lalu, gejala sosial ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti pelajar dan remaja terutama remaja melayu. Masalah sosial black metal ini sebenarnya masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan diri sendiri. Selain itu, gejala black metal ini merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kjegiatan black ini metal adalah satu kegiatan yang berunsurkan pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.

Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuh sekolah menengah di parit buntar mula terbabit dengan kumpulan black metal sejak tahun 1999. Selain itu, ada diantara pelajar berkenaan terbabit dalam upacara membakar ayat al-quran dan mengikuti upacara yang diketuai “tok guru” yang berselubung hitam. Hal ini menunjukkan bukti yang jelas bahawa pelajar dan remaja kini telah tumbang ke lembah yang gelap dan hina. Akibat daripada ketandusan akidah, terutama pelajar islam mula terpengaruh dengan agenda yahudi dengan menafikan tauhid uluhiyyah. Sememangnya perkara ini sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar dan remaja islam di Negara ini yang terpengaruh dengan gejala yang kurang sihat ini.

Punca berlakunya gejala sosial black metal ini adalah pengaruh media massa seperti televisyen yang merupakan medium yang mempunyai pengaruh terbesar terhadap masyarakat. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem –filem bermutu rendah yang ditayanagkan di stesen-stesen telivisyen dan pemangkin kepada lahirnya gejala sosial seperti bohsia, bohjan, black metal, seks bebas, dan samseng. Tambahan pula remaja mempunyai perasaan inkuiri atau sifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara baru. Sifat ingin tahu inilah yang mendorong remaja mencuba, meniru aksi dan melakukan gejala sosial tersebut seperti yang ditayangkan oleh stesen-stesen telivisyen.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya gejala sosial black metal. Hal ini dapat dibuktikan melalui pergaulan bebas remaja yang menyebabkan mereka terjebak dalam kancah negatif dan aktiviti - aktiviti yang tidak berfaedah. Pergaulan rapat dengan rakan yang rendah kedudukan moralnya ini sememangnya menyumbangkan pengaruh terhadap remaja. Hal ini kerana rakan adalah orang yang paling hampir dengan individu selain daripada ibu bapa. Malahan remaja lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa kerana kekangan tertentu. Selain itu, remaja lebih selesa menceritakan masalah mereka kepada rakan-rakan kerana hubungan yang terjalin melahirkan dasar kepercayaan melalui pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Secara tidak langsung, keperibadian seseorang remaja di pengaruhi oleh rakan sebaya.

Langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah black metal ini adalah peranan ibu bapa yang amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak – geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa haruslah meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi dan membentuk keperibadian anak-anak dengan menjadikan ibu bapa sebagai role model.

Dewasa ini,semakin banyak filem yang di import dari luar khasnya dari barat. Oleh hal yang demikian,langkah untuk mengatasi gejala black metal ini adalah dengan kerjasama stesen televisyen kerajaan dan juga swasta haruslah menapis dan menyaring filem-filem dari barat ini dan tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata. Hal ini kerana kebanyakkan cerita-cerita dari barat ini mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai dengan adat dan budaya masyarakat kita. Sebaliknya, badan-badan penyiaran tempatan sama ada kerajaan atau swasta mesti berkerjasama dalam memperbanyakkan rancangan-rancangan tempatan yang menekankan unsur-unsur moral dan hiburan yang sesuai dengan kebudayaan kita.

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawal sudah sampai ke tahap dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan Negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai gejala sosial remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu pada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah berganding bahu dan berkerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak. Kerajaan juga perlu melancarkan kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala sosial yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka berasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Seterusnya, remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorak masa depan Negara. Remaja juga adalah asset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di Negara ini. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja haruslah dibendung dan diatasi supaya tidak terus mewujudkan ancaman besar kepada aset yang tidak ternilai ini.


Mat Rempit


Dalam kesibukan polemik politik dan cabaran ekonomi jangan diabaikan masalah sosial yang melanda di Negara kita iaitu masalah mat rempit.Mat rempit merupakan istillah baru yang muncul dalam diari kehidupan anak-anak muda pada masa kini.Mat Rempit merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang terlibat dalam kegiatan lumba haram.Kebiasaannya,mat rempit akan menunggang motosikal kapcai atau skuter dalam aktiviti lumba haram.Isu mat rempit dan karenah buruk mereka sering kali dipaparkan dalam media Negara.Kes yang melibatkan golongan mat rempit sering menghiasi dada akhbar.mereka tidak pernah serik ditahan polis,dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atau melihat rakan seperjuangan maut din depan mereka.Statistik polis pula menunjukkan bahawa majority golongan berani mati ini terdiri daripada remaja yang masih bersekolah hinggalah golongan yang bekerja sama ada dalam sektor awam ataupun sektor swasta.ayuhlah sama-sama kita berganding bahu mengkaji dan mengenal pasti apakah punca-punca gejala merempit dan langkah-langkah yang sewajarnya yang perlu dilakukan bagi membendung gejala ini.

Punca utama gejala ialah akibat daripada pengaruh rakan dan juga Media Massa.Golongan remaja masa kini mudah terpengaruh dengan rakan. Mengapa mesti begitu?Ini kerana golongan remaja lebih mempercayai dan mengikuti segala perbuatan yang dilakukan oleh rakannya berbanding dengan arahan yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Oleh itu,remaja harus peka dalam soal memilih rakan.Rakan yang baik akan mendorong kita ke arah melakukan kebaikan tetapi rakan kurang baik akan membawa kita ke kancah kejahatan.Media massa juga merupakan punca berleluasa gejala mat rempit.Kini terdapat pelbagai filem-filem yang mempunyai unsur-unsur perlumbaan ditayangkan di pawagam.Contohnya,filem-filem seperti Tokyo Drift,Fast And The Furious,Initial-d,Kuala Lumpur Menjerit dan sebagainya.Keadaan ini akan mempengaruhi minda remaja sekaligus mendorong golongan ini melakukan aksi-aksi yang dilakukan melalui filem-filem tersebut.Selain itu,pengaruh budaya gejala sosial yang terdapat di dalam filem-filem tersebut turut meracuni fikiran golongan remaja seperti penagihan dadah,seks bebas dan pengambilan alcohol. Dapat dirumuskan di sini,pengaruh rakan dan juga media massa merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlaku gejala merempit.

Punca seterusnya ialah sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak.Pada masa kini,kebanyakkan ibu bapalebih mementingkan pekerjaan berbanding anak sendiri. Ibu bapa begitu alpa dalam aspek materialistik yang menyebabkan mereka begitu fanatik untuk mencari wang demi untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga.Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa diri mereka tersisih dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa.Justeru,anak-anak lebih banyak meluangkan dan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah seperti terlibat dalam aktiviti merempit.Oleh itu,sikap ibu bapa itu sendiri yang mendorong anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah.


Selain itu,tujuan mat rempit merempit adalah untuk mendapatkan kepuasan ekstrim untuk menunjukkan bakat.Contohnya melalui teknik menunggang.Terdapat pelbagai teknik menunggang yang dilakukan oleh mat rempit seperti willi,baring,berdiri dan sebagainya.Teknik menunggang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.Semakin bahaya aksi yang dilakukan semakin mendapat sokongan dan tepukan daripada penonton dan mereka bangga menjadi juara.Oleh itu,tidak dapat dinafikan golongan mat rempit ini merempit hanya untuk kepusan diri sendiri sekaligus dapat menunjukkan bakat yang mereka ada tetapi malangnya bakat-bakat yang dimiliki oleh mereka adalah bakat yang akan memusnah hidup mereka bukannya bakat yang dapat membawa mereka ke tempat yang lebih tinggi seperti menjadi pelumba motosikal yang terhandal di dunia.

Isu mat rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh kelonggaran penguatkuasaan undang-undang.Pelbagainusaha yang dilakukan oleh pihak polis untuk menangani gejala ini tetapi selalunya akan menemui kegagalan.Contohnya,usaha pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakkan mat rempit seolah-olah diperlekehkan oleh golongan mat rempit.Golongan mat rempit akan menyembunyikan dan melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dan setelah didapati aktiviti pengawasan telah berakhir,mereka akan kembali beraksi dijalan.Selain itu,mereka yang pernah ditangkap tidak akan serik untuk masuk ke dalam lokap semula kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang dikeluarkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan(JPJ).Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kelonggaran penguatkuasaan undang-undang telah menyebabkan mat rempit tidak berasa takut sebaliknya mereka semakin mendabik dada untuk mencabar kewibawaan undang-undang.

Bagi membendung masalah masalah mat rempit ini daripada terus berleluasa pelbagai langkah perlu diambil.Diantaranya ialah peranan ibi bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak.Ibu bapa perlu meluangkan masa sebanyak yang mungkin untuk bersama anak-anak.Ibu bapa perlu duduk bersama anak-anak sekaligus memberi peluang kepada anak-anak untuk meluahkan dan menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.Ibu bapa perlu menanyakan kepada anak-anak apa masalah yang dihadapi oleh mereka.Justeru, inilah masa yang paling sesuai untuk ibu bapa menunjukkan keprihatinan mereka terhadap anak-anak.Ibu bapa harus memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak sekiranya terdapat kepincangan yang berlaku seperti anak terlibat dalam kegiatan mat rempit.Apabila situasi ini berlaku,anak-anak akan merasakan diri mereka masih mendapat perhatian daripada ibu bapa dan merasa diri mereka disayangi.Selain itu,ibu bapa perlu memantau kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah dari semasa ke semasa serta mengambil tahu rakan-rakan yang sentiasa bersama-sama anak mereka.Sekiranya tindakan ini diambil,anak-anak akan merasakan segala gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan oleh ibu bapa .Apabila situasi ini berlaku,kemungkinan besar dapat mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam kancah sosial seperti merempit.Oleh itu,ibu bapa merupakan tunggak utama dalam membendung gejala mat rempit ini.

Langkah seterusnya ialah penglibatan pihak berwajib untuk membendung fenomena ini.Pihak polis perlu mengenakan tindakan yang lebih mantap untuk menghapuskan gejala merempit ini.Contohnya,pihak polis perlu meningkatkan jumlah kompaun terhadap mat rempit.Selain itu,undan-undang yang lebih ketat dan sistematik perlu dilaksanakan bagi membendung gejala ini.Contohnya,menambahkan tempoh tahanan reman di lokap.Operasi besar-besaran perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan gejala merempit semakin berkurangan.Cadangan yang diberikan oleh kerajaan iaitu merampas motosikal dan menggantung lessen mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram adalah wajar dijalankan dan dilaksanakan dengan secepat yang mungkin bagi membendung masalah ini.Cadangan ini telah memberikan isyarat nyata bahawa kerajaan memandang serius terhadap gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah yang drastik untuk menangani masalah ini.Oleh itu,pihak berwajib perlu mengetatkan lagi undang-undang supaya gejala ini dapat dibanteras dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya,masalah mat rempit haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa,masyarakat,kerajaan dan bukan kerajaan(NGO).Sebagaimana gejala sosial yang lain,peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha dalam menangani masalah ini.Sikap berganding bahu mengembleng kudrat antara satu sama lain amatlah penting untuk menangani gejala merempit ini.Golongan remaja merupakan modal insan yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.Kemungkinan dengan usaha tanpa henti yang dilakukan oleh semua pihak,deruman enjin matosikal dan aksi kurang baik mat rempit tidak akan kedengaran lagi.Oleh itu,ayuhlah sama-sama kita tangani masalah ini dengan penuh rasa tanggungjawab supaya gejala ini dapat dibanteras dengan sebaik mungkin.

Skin Head

PENDAHULUAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, dan budaya black metal yang berlaku di Malaysia. Data-data menunjukkan pembabitan rakyat Malaysia dalam jenayah ini. Punca-punca telah dikenal pasti yang menjadi penyebab berlakunya gejala ini. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.



Pengaruh Skinhead

Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.Sekarang Skinhead sudah tersebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujukkepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinheadbanyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga boleh dirujuk kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk.

Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkanmaklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.


PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK



Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media inimudah diperolehi.

Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anakremaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Anak-anak perlu dibimbing.



Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akanmenyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlakyang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni danbahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujudpenceraian. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.

Kesan Ke atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskanseseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa.





Vandalisme




Vandalisme boleh didefinisikan sebagai tindakan membinasakan harta benda awam dan harta benda orang lain. Pada hari ini, kegiatan vandalisme banyak di laporkan di dada-dada akhbar yang kebanyakannya dilakukan oleh golongan remaja.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan vandalisme ialah pengaruh media massa. Terdapatnya paparan adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai pelbagai unsur perlakuan ke arah kegiatan vandalisme yang boleh mempengaruhi remaja untuk melakukan kegiatan vandalisme ini. Golongan remaja kini mudah terpengaruh dengan media massa yang sering memaparkan adegan negatif dari Barat, apatah lagi mereka tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya dari orang dewasa.

Faktor lain ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Sikap, nilai dan tingkah laku remaja biasanya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Remaja yang mempunyai masalah seperti masalah daripada institusi kekeluargaaan dan sebagainya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Golongan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme ini biasanya tidak mempunyai tujuan dan mereka akan berkumpul dan timbullah pelbagai idea termasuklah kegiatan vandalisme seperti merosakkan harta benda awam untuk memenuhi masa lapang mereka.

Seterusnya ialah sikap individualistik dan materialistik golongan remaja. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan soal kebendaan dan sikap tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan lagi masalah vandalisme ini. Masalah vandalisme ini banyak berlaku di kawasan bandar yang sedang membangun. Golongan remaja yang gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam ini kebanyakannya terdiri daripada golongan yang terpelajar yang dilahirkan di kawasan bandar. Kegiatan ini sukar dikawal kerana sesetengah penduduk di kawasan bandar tidak mengambil peduli terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda.

Kegiatan vandalisme juga memberi kesan buruk kepada masyarakat. Kegiatan vandalisme menyebabkan harta benda awam seperti telefon awam dan sebagainya musnah. Hai ini akan menyukarkan masyarakat sekiranya mereka terpaksa menggunakan kemudahan awam untuk tujuan kecemasan.

Selain itu, kegiatan vandalisme juga memberi kesan kepada negara. Kegiatan vandalisme menyebabkan imej negara tercemar dan menjejaskan ekomoni Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kedatang pelancong dari luar ke Malaysia kerana keadaan persekitaran negara yang buruk dan sikap rakyat yang tidak prihatin. Kesannya, industri pelancongan negara akan merosot. Industi pelancongan merupakan antara penyumbang kepada ekomoni negara. Merosotnya industri pelancongan menyebabkan rakyat menganggur akibat kerugian kerana terpaksa membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam yang telah dimusnahkan.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi membendung kegiatan vandalisme ini. Antaranya ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa perlu memperketatkan lagi hukuman dan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang didapati merosak dan memusnahkan harta benda awam. Hukuman-hukuman seperti menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan sebagainya perlu dilakukan bagi menbendung gejala yang tidak sihat ini. Selain itu, tindakan tegas perlu dilaksanakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi pengajaran kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Selain itu peranan ibu bapa dan keluarga penting dalam menangni masalah vandalisme ini. Ibu bapa berperanan dalam mendidik golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa juga harus menerapkan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab menjaga harta benda awam kepada anak-anak mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kepentingan menjaga harta benda awam. Sekiranya sikap ini dapat diterapkan dalam diri anak-anak sudah tentu kegiatan vandalisme tidak akan berlaku sehingga ke hari ini.

Langkah seterusnya ialah peranan media massa. Media massa selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu memainkan peranan dalam menaman kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama remaja. Media massa juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyampaikan maklumat tentang keburukan kepada remaja. Selain itu media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi menjalankan kempan agar masyarakat memahami dan menghayati kempen yang dijalankan oleh kerajaan.

Secara keseluruhannya vandalisme banyak mendatang kesan buruk kepada individu, keluarga, masyarakat mahupun negara. Hal ini demikian, semua pihak termasuk masyarakat dan kerajaan perlu berganding bahu membanteras gejala yang tidak sihat ini daripada terus berleluasa.

Ragut




Jenayah ragut semakin berleluasa kini.Keadaan ini amat dikuatiri kerana tidak siapa yang ketahui bila dan dimana jenayah ini akan berlaku. Mungkin satu ketika dulu kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah kecil yang hanya melibatkan kerugian tidak seberapa.Tanggapan ini secara langsung menyebabkan ada dalam kalangan mangsa ragut tidak mahu mengambil tindakan untuk melaporkan ke pihak berkuasa. Ia dianggap kes kecil yang remeh-temeh dan tidak perlu diambil peduli.

Kes tersebut tidak dilaporkan kepada polis kerana jumlah barangan atau wang tunai yang hilang tidak begitu banyak.Jumlah kerugian ragut dianggap tidak sebesar atau selumayan kes rompakan bank, kedai emas dan sebagainya.

Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kes-kes ragut kadangkala bukan sahaja dianggap besar malah kerap meningkat.Tanpa disedari, kes-kes ragut sebenarnya melibatkan jumlah kejadian yang banyak.Kes ini dilihat amat serius. Masyarakat sering ketakutan kerana penjenayah memiliki sikap tidak berhati perut

Punca ragut

Walaupun kes ragut sudah lama berleluasa namun, kes ini masih lagi giat berlaku.Peragut seolah-olah tidak takut akan hukuman yang bakal menimpa sekiranya didapati bersalah.

Kes ragut sering berlaku sekiranya mangsa berjalan kaki bersendirian. Peragut suka mengambil kesempatan dalam keadaan sedemikian. Mangsa sukar untuk mendapatkan bantuan sekiranya diserang kerana kawasan yang sunyi.

Tidak terkecuali jugak penunggan motosikal.Mereka sering dihantui dengan perasaan takut.peragut tidak mengira masa untuk melakukan pebuatan terkutuk itu.Terdapat banyak kes penunggang motosikal diragut,terutama penunggang wanita. Wanita sering memakai barangan kemas menyebabkan peragut suka mengambil kesempatan.

Ragut juga berpunca daripada pengaruh materialistik. Individu yang mempunyai gaji yang rendah tidak sampai rm1000 sebulan tetapi mempunyai kemahuan yang pelbagai.Kalau berkereta hendak kereta yang mewah.

Latarbelakang penjenayah yang tidak berpendidikan dan jauh daripada keluarga, sehingga mereka bertindak tanpa diduga.

kesan ragut

Gejala ragut akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Apabila kerapnya berlaku kes ragut, jumlah kerugian yang dikumpul akan meningkat dan kadangkala mencecah jutaan ringgit dalam tempoh setahun kerana peningkatan kegiatan tersebut dan kenaikan jumlah peragut.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah kes ragut yang dicatatkan di Kuala Lumpur sahaja ialah sebanyak 1,144 kes,daripada jumlah itu, kerugian yang dicatatkan lebih RM2 juta. Ini hanya melibatkan kawasan ibu negara, bagaimana pula keadaannya bagi keseluruhan negara sama ada dari segi jumlah kes mahupun kerugian.catatan yang merisaukan.

Pada masa yang sama, kejadian ragut juga mula mengerunkan masyarakat apabila berlaku beberapa kejadian hingga menyebabkan kematian kepada mangsa akibat kejadian ragut. Akibat daripada ragut, mangsa yang cuba melawan atau tercedera, akhirnya meninggal dunia.

Dengan perkataan lain, daripada ragut kini ia beralih kepada bunuh. Sama ada ia bunuh dengan niat atau tanpa niat, itu persoalan kedua. Yang penting, kes ragut ini boleh menyebabkan kematian. Malah jumlah kes ragut yang banyak secara langsung memperlihatkan bahawa para peragut kini bermaharajalela tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa.

Kes ragut melibatkan kematian yang terbaru berlaku pada Jumaat lalu di Brickfields, Kuala Lumpur melibatkan seorang kerani wanita, Chin Wai Fun, 38.Mangsa yang bergelut dengan peragut terbabit telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada benda keras di tepi jalan raya.Akibatnya, mangsa koma selama 17 jam sebelum meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sebenarnya, kes Wai Fun ini bukanlah satu kes terpencil, sebaliknya pernah juga berlaku satu kejadian lain di Pulau Pinang pada Julai 2002.Dalam kejadian itu, seorang wanita warga Indonesia, Kartini Mansor, 62, cedera parah sebelum meninggal dunia.Lebih menyedihkan, kedatangan Kartini ke negara ini pada mulanya bertujuan mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik. Sebaliknya, mangsa melalui pengalaman pahit kerana terpaksa berdepan dengan peragut hingga menyebabkan nyawanya melayang.

Secara purata, kes ragut yang dicatatkan sepanjang tahun lalu di seluruh negara ialah sebanyak 15,798 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 4,262 kes.

Tidak dinafikan, selain kehilangan wang tunai dan barangan penting, ada juga mangsa yang cedera dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

langkah tangani ragut

Berikutan kerapnya berlaku kejadian ragut, sesuatu perlu difikirkan dan pasti pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedar perkara ini.

Bagaimanapun, tanggungjawab menyelesaikan masalah ini tidak seharusnya diletak di bahu pasukan polis sahaja.Umum memang mengetahui, dengan kekurangan anggota sedia ada, sukar untuk polis memantau sepanjang masa kejadian ragut.

Malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Hadi Ho berpendapat tindakan penyamaran oleh anggota polis bagi menangani masalah ragut bukanlah sesuatu yang praktikal.

Namun, penyamaran tetap dilakukan di samping beberapa tindakan lain seperti operasi berterusan, pemeriksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.

Lebih penting ialah aduan dan maklumat dari orang ramai dalam menangani masalah ragut. Antara tindakan penting ialah segera menelefon polis apabila berlaku sesuatu kes ragut.

Di samping itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kejadian ragut merupakan antara kes paling sukar disiasat.

Ini bukan bermakna polis kurang pengalaman atau pengetahuan. Sebaliknya, ia kerana polis sukar menuduh suspek tanpa bukti seperti menyertakan barangan yang dirampas daripada mangsa.

Sehubungan itu, dalam menangani masalah ragut ini, pencegahan adalah penyelesaian terbaik kerana ia dapat menghindarkan berlaku sesuatu kejadian.Ini boleh dilakukan jika orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan barangan kepada penjenayah ragut.

Langkah-langkah lain yang boleh difikirkan ialah tidak berjalan seorang diri di tempat sunyi dan sentiasa menyimpan beg tangan di tempat selamat.

Walaupun pencegahan jawapan kepada penyelesaian masalah ini, namun penguatkuasaan juga penting. Penguatkuasaan ini haruslah dilakukan secara berterusan.

Jika polis sukar menempatkan anggotanya sepanjang masa di tempat sering berlaku kejadian ragut, maka agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), juga harus memainkan peranan membantu.

Pemeriksaan yang kerap ke atas setiap motosikal yang memasuki kawasan awam dapat mengelakkan kenderaan itu digunakan kegiatan meragut.

Di samping itu, cadangan pihak berkuasa sebelum ini untuk menghalang kemasukan motosikal di kawasan tertentu juga mungkin boleh difikirkan.

Langkah menghalang kemasukan motosikal itu secara tidak langsung dapat menghindarkan kejadian ragut.

Namun ia juga boleh menimbulkan kesukaran kepada orang ramai yang sering berurusan menggunakan motosikal.

Oleh itu, satu alternatif lain hendaklah difikirkan terutama dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada orang awam.

Pembuangan Bayi






Mutakhir ini,Malaysia dengan gahnya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun begitu, masyarakat kini seolah-olah semakin alpa dengan perkembangan gejala sosial yang semakin merucing di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas dan di tepi longkang tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalang di sebalik senario ini sanggup membuang bayi dengan harapan mereka akan diberi peluang untuk menjalani kehidupan baru di samping mereka tidak sanggup menghadapi ejekan dan cacian masyarakat setempat. Jika diimbas kembali, dunia ini pernah dicemarkan dengan sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan akidah dalam kehidupan mereka.Masyarakat pada zaman itu tiada sifat-sifat kemanusiaan sehinggakan mereka sanggup untuk membunuh dengan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka yang kononnya bagi mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.Kini amalan jahiliah tersebut diulang lagi seolah-olah sudah seperti fenomena biasa yang tiada penghujungnya. Minbar ini ingin mengingatkan bahawa perbuatan zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam.Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa' ayat 93 yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,maka balasannya ialah neraka jahanam,kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”
Menurut statistik daripada pihak berkuasa tempatan didapati jenayah pembuangan bayi terus meningkat dari tahun ke tahun.Ini dapat dibuktikan pada tahun 2007 sebanyak 76 kes dilaporkan berbanding 62 kes pada tahun 2006 di seluruh negara,jumlah tersebut mengalami peningkatan berjumlah 23%.Manakala,sepanjang tempoh 2004 sehingga 2007 sebanyak 252 kes telah direkodkan,dan seramai 61 bayi mengalami kematian.
Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan gejala ini semakin menular dikalangan remaja. Antaranya, keruntuhan institusi kekeluargaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu bapa yang sibuk bekerja acap kali mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka seperti tidak memberi pendidikan agama yang cukup sebagai benteng dalam kehidupan anak-anak mereka. Implikasinya,anak-anak mereka tidak mempunyai pegangan jati diri yang kuat yang dapat mengelakkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif seperti pergaulan bebas yang seterusnya akan mengakibatkan remaja tersebut terjerumus ke kancah maksiat.

Selain itu, tiada pengawasan daripada ibu bapa juga akan mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang merupakan individu yang paling mudah untuk mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif khususnya. Hal ini dapat dilihat di mana ,masalah sosial di kalangan pekerja-pekerja kilang yang terutamanya remaja yang dating dari kampong. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk memantau anak-anak mereka, walau bagaimana sibuk sekalipun. Hal ini bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat di dalam masalah sosial.

Seterusnya, penubuhan pusat-pusat penjagaan bayi yang di buang turut menjadi penyumbang kepada peningkatan peratusan pembuangan bayi pada waktu ini. Hai ini demikian kerana, mereka akan beranggapan anak yang di buang itu akan mempunyai tempat perlindungan dan seterusnya ada pihak-pihak lain yang akan menjaga anak-anak mereka. Hal ini dapat dibuktikan dalam akhbar “Berita Minggu” yang mengutarajan tentang “Bayi terbuang menjadi rebutan ramai”. Ini terbukti apabila hampir 300 pasangan yang kebanyakkannya pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak memohon utuk mengambil anak angkat dari Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) yang terletak di Petaling Jaya. Setiausaha Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim yang menguruskan Baby Hatch itu ,Azura Banu, berkata pihak pengurusan terpaksa nembuat saringan ketat untuk menentukan pasangan yang benar-benar layak mengambil anak angkat ekoran terlalu ramai yang membuat permohonan.

Seterusnya,masalah pembuangan bayi ini akan mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara. Kesan jangka pendek yang akan terjadi ialah keruntuhan nilai-nilai murni dalam kalangan golongan remaja di negara ini khususnya. Manakala kesan jangka panjang ialah negara akan kehilangan asset penting yang berkualiti bagi memaju kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian,persepsi negara asing turut berubah terhadap generasi pelapis di negara ini kerana peningkatan gejala sosial di kalangan remaja di negara ini semakin memuncak saban hari.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”

Kesimpulannya,masyarakat pada hari ini seharusnya perlu lebih prihatin terhadap perkara-perkara yang terjadi di persekitaran mereka bagi mengelakkan masalah ini terus berlaku. Selain itu,badan-badan kerajaan semestinya terus menggiatkan kempen-kempen kesedaran terhadap golongan remaja khususnya tentang implikasa gejala ini terhadap kehidupan mereka pada masa akan datang. Disamping itu,penubuhan rumah-rumah penjagaan anak-anak terbuang harus di kurangkan jumlahnya sebaliknya aktiviti-aktiviti sihat yang dapat menggelakkan remaja daripada terjerumus ke kencah permasalahan sosial harus dipertingkatkan

Kesimpulan

Konklusinya, jenayah sosial tidak mendatangkan impak positif kepada individu mahupun masyarakat malahan jenayah ini memberikan impak yang negatif terhadap jati diri individu dan pembangunan masyarakat. Oleh itu, kita seharusnya sama-sama berganding bahu bagi membanteras gejala ini daripada terus berleluasa.