PENGENALAN
Isu ini sudah lama diperkatakan dan dibahaskan tetapi masih ada lagi segelintir pihak yang masih belum sedar akan bahayanya gejala social ini jika terus dibiarkan berterusan tanpa tindak yang sepatutnya.Majoriti penggunaan dadah sekarang bertentangan dengan kepentingannya yang sebenar.Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan adalah penyalahgunaan bahan yang merangkumi alcohol,tembakau,kokain,marijuana(ganja),dadah-dadah perangsang,LSD dan inhalan(bahan yang disedut).Kebanyakkan dadah disalahgunakan dengan menghasilkan secara semulajadiseperti candu yang tidak boleh digunakan oleh manusia.Menyingkap sedikit sejarah penggunaan dadah penggunaan dadah,menurut Dzulkifli abdul Razak dari Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM) mengatakan sejarah kewujudan dadah dikesan sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu dimana dadah yang dibawa masuk ke Negara Arab oleh orang-orang Parsi yang tidak beragama seperti yang dinyatakan oleh Al-Muqrisi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hitat.Manakal sejarah penggunaan dadah di Malaysia pula bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu menghisap candu. Kebanyakkan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti. Walaubagaimanapun penyalahgunaan ganja lebih tertumpu kepada kaum Melayu terutamanya golongan nelayan yang menggunakan ganja agar mereka dapat berjaga sehingga lewat malam.
DEFINISI DADAH
Dadah boleh di definisikan sebagai segala bahan kimia sama ada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organism dari segi fizikal dan mental.Dadah merupakan bahan kimia yang psikoaktif yang mempunyai cirri-ciri seperti mempunyai kesan-kesan yang paling ketara ke atas system saraf pusat otak dan saraf tunjang,digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya dilarang.Selain itu,ianya diperoleh secara haram,membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan mendatangkan kesan-kesan buruk kepada atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial individu terbabit.
JENIS-JENIS DADAH
Terdapat 5 jenis dadah antaranya:
1. Opiat-iaitu heroin,morfin,candu dan kodein
2. Kanabis¬-iaitu ganja dan hashish
3. Depresen-iaitu sedative,hipnotik jenis barbiturate dan bukan barbiturate serta tranquilizer.
4. Stimulan-iaitu jenis amfetamin dan kokain
5. Halusinagen-Lysegic acid diethylamide (LSD),sneskalin dan psilosibin.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan ke atas penagih-penagih dadah dan juga mereka yang pernah menyalahgunakan dadah terdapat beberapa faktor yang dapat dikenal pasti berlakunya masalah penyalahgunaan dadah antaranya ialah faktor utama berlakunya gejala ini ialah keinginan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru.Keinginan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih dadah ini kerana mereka lebih mudah terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.Selain itu,kurang pendedahan ilmu tentang dadah dan ini kebiasaanya berlaku kepada remja di luar bandar dan juga mereka yang tercicir dalam pelajaran.Mereka tidak mengetahui betapa bahayanya setiap jenis dadah tersebut.Oleh itu,apabila mereka merasai nikmat dadah mereka beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada diri mereka sendiri.Penagihan dadah juga bermula dengan dipengaruhi oleh rakan-rakan dan juga ingin menyesuaikan diri dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.Selain itu,tekanan yang dialami akibat masalah peribadi,keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah.Apabila tekanan emosi keterlaluan kemurungsn akan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berhadapan dengan tekanan itu akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi walaupun hanya bersifat sementara.Kesibukan ibu bapa masa kini yang mengejar kebendaan juga menyebabkan berlakunya gejala ini terutama di kalangan remaja.Ibu bapa kurang meluangkan masa bersama untuk berinterksi ataupun berkomunikasi dengan anak-anak menyebabakan anak-anak terasa dirinya terabai dan kurang perhatian menyebabkan mereka mula melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan seterusnya mula bertindak berani dengan mengambil dadah.Remaja kini juga terikut-ikut dengan budaya barat dan ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.Kebijaksanaan dan kehebatan pengedar dadah juga menyebarkan pengaruhnya menyebarkan pengaruhnya menyebabkan belakan dadah mudah diperolehi dengan mudah di merata-rata tempat.Pada zaman moden ini juga,remaja kurang mendalami dan menghayati ilmu agama menyebabkan mereka terlalu mudah terbabit di dalam gejala ini tanpa berfikir hukum Islam.
TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
Berikut merupakan cirri-ciri penyalahgunaan dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)
b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan
c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri
GEJALA-GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH
Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:
� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.
KESAN-KESAN PENYALAHAN GUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi kesan yang negatif kepada individu terbabit tetapi juga kepada masyarakat dan negara.
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.
Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.Seterusnya kepada Negara dan masyartakat dari segi ekonomi,politik dan sosial juga turut diambil kira.
Dari segi ekonomi antaranya ialah ekonomi akan merosot kerana kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk merawat dan mengubati penagih-penagih dadah terutamanya penagih tegar.Misalnya kos di pusat serenti dan juga di hospital.Tambahan pula ubat-ubatan untuk mengubati penagih-penagih ini merupakan kos yang tinggi dan mengambil jangka masa yang agak panjang untuk sembuh sepenuhnya.Alangkah baiknya kos yang dikeluarkan itu kerajaan gunakan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat untuk rakyat seperti membasmi kemiskinan di luar bandar.Manakala,dari segi politik pula ialah antaranya keadaan Negara kurang selamat untuk rakyat kerana jenyah kerap berlaku tanpa mengira tempat ataupun masa.Mengikut penyelidikan yang dilakukan kebanyakan jenyah dilakukan oleh penagih-penagih dadah misalnya kejadian rompakan,rogol,ragut dan sebagainya.Keadaan ini amat membimbangkan dan boleh menjejaskan institusi pelancongan negara.Selain itu rasuah turut akan berlaku dengan mudahnya.Terakhir dari segi sosial adalah keluarga dan masyarakat akan menjadi porak peranda.Penyakit brjangkit seperti HIV atau AIDS akan mudah dijangkiti dan ini amat merbahaya terutamanya jika berlaku kepada kanak-kanak yang tidak bersalah.Selain itu akan wujud golongan penagih jalanan yang mencemarkan keindahan bandaraya dan juga pusat-pusat Bandar yang menjadi tumpuan pelancong.Ini akan mencemarkan imej negara dan pelancong tidak akan merasa aman dan selamat kerana bimbang akan menjadi mangsa jenayah oleh penagih-penagih tersebut.Penyalahgunaan dadah ini juga akan meyebabkan segelintir remaja mengalami keciciran dalam pelajaran.Ini adalah kerana,sekiranya remaja terjebak di dalam gejala ini mereka akan mula hilang minat untuk terus belajar dan seterusnya akan berlakulah masakah disiplin hingga boleh membuatkan mereka dibuang persekolahan.Kesimpulannya,penyalahgunaan dadah ini merupakan ibu segala gejala sosial yang boleh memusnahkan segala-galanya terutamanya masa depan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Langkah Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.
Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.
Selain itu,pihak Kementerian Pelajaran juga telah telah mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi.Kementerian Pendidikan juga memperluaskan kerjasama di antara JPN,PPD dengan PIBG,Briged KOmuniti dan pihak polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatyan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.Pihak Kementerian Pendidikan juga melaksanakn program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti pelajar yang bermasalah.
Langkah Pemulihan
Menghantar penagih-penagih dadah tersebut ke pusat serenti dan merawat mereka dengan beransur-ansur.Kaunseling turut diberikan bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga kepada ibu bapa.Kaunseling amat penting dalam proses pemulihan kerana individu-individu terbabit perlu membina keyakinan diri semula dan seterusnya mempersiapkan diri untuk memulakan kehidupan yang baharu.selain itu,pihak pusat pemulihan ini juga akan menyediakan beberapa kursus atau aktiviti untuk mengisi masa lapang penagih-penagih dadah ini dan seterusnya boleh memepersediakan diri mereka untuk bekerja apabila dibebaskan daripada pusat pemulihan itu kelak.Ubat-ubatan turut diberikan untuk menguatkan kembali antibodi mereka dan juga memperbaiki sistem dalaman tubuh yang rosak akibat najis dadah ini.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya,sudah jelas di sini najis dadah ini amat berbahaya dan boleh membawa maut.Masyarakat kini terutamanya remaja haruslah sentiasa berhati-hati dalam mengatur kehidupan.sikap mengambil tahu haruslah sentiasa ada di dalam diri setiap individu agar tidak terjerat di dalam kancah kemusnahan ini.Bak kata pepatah “menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna” sayangilah diri anda dan juga keluarga.
0 comments:
Post a Comment