BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Merokok

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

PENGENALAN

Tembakau yang merupakan bahan utama dalam rokok telah diperkenalkan secara meluas ke dunia islam oleh penjajah barat di kalangan masyarakat kita. Dewasa kini, merokok merupakan antara gejala sosial yang melibatkan semua sama ada golongan muda, dewasa dan golongan tua dan kadangkala dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan dan status bergaya seperti kacak.

Di dalam rokok terkandung bermacam bahan kimia antaranya seperti, Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen),dan nikotin menjadi punca utama penagihan. Simpton seterusnya yang timbul adalah gian kerana ia telah mesambolik sistem otak kita. Manakala seterusnya adalah Karbon Monoksida atau gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh asap kenderaan.


Tahap


Terdapat beberapa tahap yang akan dilalui oleh seseorang yang merokok seperti yang telah dinyatakan oleh Leventhal dan Clearly, dalam Chahyani 1995), iaitu Tahap pra-Permulaan dimana seseorang mendapat gambaran yang menyenangkan mengenai merokok dengan cara melihat mendengar dan sebagainya yang secara tidak langsung menimbulkan minat. Kedua, Tahap permulaan bermaksud tahap dimana perokok mula memikirkan sama ada mahu terus merokok atau sebaliknya. Ketiga, Tahap menjadi perokok, iaitu jika seseorang mula mengambil 4 batang rokok sehari, mereka akan mula ketagih dan mula menjadi perokok dan akhir sekali keempat, Tahap menjadi perokok tegar bermaksud tahap rokok menjadi sebahagian dari diri dan menjadi kemestian.

PUNCA

Terdapat beberapa punca yang mengundang kepada gejala merokok ini.Kurang kesedaran dalam diri dan masyarakat merupakan salah satu dari puncanya. Mereka menganggap merokok tidak membahayakan kesihatan dan merupakan satu budaya. Oeh itu, bagi mereka merokok saban hari tanapa memikirkan kesan smapingan yang akn mereka dapt kerana mengandaikan merokok sebagai perkara biasa yang dilakukan oleh semua masyarakat di dunia.

Punca lain adalah Kempen antimerokok yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu gagal.kempen TAK NAK! MEROKOK seperti tidak diendahkan lapisan masyarakat kerana dianggap sebagai perkara yang remeh dan membosankan. Selain tidak dapat menarik minat rakyat Malaysia, kempen ini juga dianggap gagal kerana masih ramai lagi yang merokok tanpa menghiraukan seruan kerajaan yang telah berhabis duit untuk menyedarkan rakyat betapa bahayaanya merokok.

Media massa juga memberikan impak yang besar dalam mempengaruhi seseorang merokok. Mereka seringkali memaparkan iklan-iklan mengenai rokok dan gambar-iklan yang memaparkan rokok sebagai tarikan iklan seperti ianya memberikan kebaikan kepada si perokok. Media massa selain itu mencari tajaan dari syarikat rokok bagi menaja sesuatu rancangan mereka kerana amat mudah dan tidak memerlukan prosedur yang ketat. Natijahnya, rokok akan di iklankan dan menarik minat perokok dan rakayat Malaysia yang lain.

Seterusnya adalah kegagalan institusi keluarga mendidik anak-anak. Ada segelintir ibu bapa yang terlalu mengejar kebendaan dan mula mengabaikan anak mereka lalu anak yang tertekan memilih merokok sebagai cara melepaskan perasaan mereka. Mereka yang kekurangan kasih sayang akan mecari ketenangan dengan merokok kerana merasakan diri mereka tersisih. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai ibu bapa, sesibuk mana pun, perlu ada masa bersama keluarga terutamanya keluarga yang baru membesar.

Tambahan pula, langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun lemah atau gagal menyebabkan gejala merokok ini tidak dapat dibendung. Hal ini kerana pihak peniaga yang tidak jujur dan ingin mencari keuntungan dengan menjual rokok kepada pelajar di bawah umur. Papan tanda yang dipasang menghalang bawah umur 18 tahun tidak boleh membeli hanya sekadar digunakan sebagai helah bagi menipu pihak berkuasa.

Peranan syarikat pengeluar rokok dalam mempengaruhi golongan remaja amat berjaya.Remaja memilih rokok dari jenama yang ternama seperti salem dan gudang garam kerana syarikat pengeluar seringkali mengubah perisa dan kotak rokok bagi menarik perhatian pembeli atau perokok. Perokok sanggup berhabis dek kerana kotak yang cantik dan jenama rokok tersebut yang berbeza-beza kandungannya.

Punca yang terakhir adalah rokok masih mampu dibeli oleh masyarakat. Harga rokok yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah menyebabkan pembeli mampu membelinya dengan keadaan rakyat Malaysia yang agak stabil kewangannya. Sungguhpun rokok dinaikkan harganya dengan ditambah dengan cukai, namun ramai yang masih memilih untuk merokok.

KESAN

Merokok sebenarnya banyak memberikan kesan sama ada kepada perokok atau perokok sekunder, iaitu ornag yang berada disekelilingnya, Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu yang sekaligus merosakkan paru-paru dan jantung yang harus kita jaga sebaik mungkin sebenarnya, bukan dengan sewenang-wenangnya kita merosakkannya dengn hanya merokok.

Asap rokok akan melalui tempat penghadaman dan percernaan. Kesan yang akan timbul adalah kerosakan esophagus. Bila esophagus rosak, kita akan mengalami kepayahan untuk bernafas dan akhirnya menyebabkan lelah.

Selain itu, racun dalam asap rokok menyebabkan penyempitan arteri yang secara tidak langsung menyebabkan ketagihan. Semakin sempit arteri itu, semakin tinggi tahap ketagihan merokok.

Asap rokok juga menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Jika ada ahli keluarga yang menghisap rokok dan melalui simpton-simpton tersebut, hendaklah dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor.

Tambahan pula, racun dari asap rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Kesan paling merbahaya adalah kepada ibu mengandung. kandungan bayi dalam ibu mengandung akan mengalami penyakit sampingan kerana si ibu menyedut asap rokok. Bayi mungkin akan mengalami lelah dan perkembangan terencat yang bukan hanya sementara, anmun dikhuatiri sepanjagn hayat.

Kesan yang terakhir adalah lemah ingatan. Nikotin menyebabkan kita hanya fokus kepada ketagihan tidak berminat kepada perkara lain. Perokok hanya memikirkan untuk merokok dan menjadi satu kewajiban setiap hari untuk merokok. Bagi pelajar sekolah pelajaran dan prestasi mereka akan merosot tanapa mereka sedari.

LANGKAH MENGATASI


Terdapat beberapa langkah bagi menangani gejala merokok ini. Pertama, catat kemajuan Anda. Anda perlu menentukan bila masa anda mahu berhenti merokok. Merupakan antara saranan Don R. Powel, Ph.D. ketua American Institute for Preventive Medicine di Farmingto Hills.

Langkah kedua, Tahan keinginan Anda. Setiap kali anda ingin merokok, cuba anda lewatkan perasaan itu agar anda akan mulai melengahkan masa untuk merokok itu. Lama kelamaan, anda akan mulai biasa.

Langkah seterusnya, Cari pertolongan. Anda hendaklah meminta pertolongan dari sahabat rakan dan keluarga bagi menghenti tabiat merokok atau anda pergi ke klinik berhenti merokok bagi mendapatkan dorongan dan panduan

Makanan gentian juga perlu dicari bagi mengelakkan ketagihan untuk merokok seperti gula getah.lebih baik mengunyah daripada merokok kerana akan lebih banyak terhasil air liur dari merosakkan jantung kita.

Selain itu, bayangkan Anda sedang demam. Langkah ini agak berkesan kerana jika anada fikir anda sedang demam, maka anda tidak akan mahu demam anda berterusan bukan?maka dengan langkah ini akan melengahkan lagi masa anda untuk merokok.

Meminum air masak adalah antara langkah bagi menghenti merokok. Dengan meminum air masak, anda akan lebih oksigen di otak dan menganggap air masak adalah lebih berkualiti dari rokok kerana melancarkan system imunisasi badan.

Terakhir sekali adalah melakukan aktiviti yang berfaedah. Lebih baik anda berkebun bersama keluarga anda. dengan jadual masa yang padat, tidak mungkin anda akan ingat tentang rokok lagi.

KESIMPULAN


Amalan merokok sebenarnya memudaratkan kesihatan kita. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, namun kepada orang sekeliling. Merokok juga merosakkan alam sekitar kerana kotak-kotak rokok akan dibiarkan bertaburan selain racun asap rokok itu sendiri yang mengandungi hampir 4000 bahan kimia yang berbahaya. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa amalan merokok yang dianggap sebagai budaya muda mudi amat memudaratkan kesihatan. Kia tidaklah perlu membazirkan wang hampir rm100 seminggu hanya ingin merosakkan jantung dan tubuh badan kita sahaja.




0 comments: