Dalam kesibukan polemik politik dan cabaran ekonomi jangan diabaikan masalah sosial yang melanda di Negara kita iaitu masalah mat rempit.Mat rempit merupakan istillah baru yang muncul dalam diari kehidupan anak-anak muda pada masa kini.Mat Rempit merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang terlibat dalam kegiatan lumba haram.Kebiasaannya,mat rempit akan menunggang motosikal kapcai atau skuter dalam aktiviti lumba haram.Isu mat rempit dan karenah buruk mereka sering kali dipaparkan dalam media Negara.Kes yang melibatkan golongan mat rempit sering menghiasi dada akhbar.mereka tidak pernah serik ditahan polis,dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atau melihat rakan seperjuangan maut din depan mereka.Statistik polis pula menunjukkan bahawa majority golongan berani mati ini terdiri daripada remaja yang masih bersekolah hinggalah golongan yang bekerja sama ada dalam sektor awam ataupun sektor swasta.ayuhlah sama-sama kita berganding bahu mengkaji dan mengenal pasti apakah punca-punca gejala merempit dan langkah-langkah yang sewajarnya yang perlu dilakukan bagi membendung gejala ini.
Punca utama gejala ialah akibat daripada pengaruh rakan dan juga Media Massa.Golongan remaja masa kini mudah terpengaruh dengan rakan. Mengapa mesti begitu?Ini kerana golongan remaja lebih mempercayai dan mengikuti segala perbuatan yang dilakukan oleh rakannya berbanding dengan arahan yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Oleh itu,remaja harus peka dalam soal memilih rakan.Rakan yang baik akan mendorong kita ke arah melakukan kebaikan tetapi rakan kurang baik akan membawa kita ke kancah kejahatan.Media massa juga merupakan punca berleluasa gejala mat rempit.Kini terdapat pelbagai filem-filem yang mempunyai unsur-unsur perlumbaan ditayangkan di pawagam.Contohnya,filem-filem seperti Tokyo Drift,Fast And The Furious,Initial-d,Kuala Lumpur Menjerit dan sebagainya.Keadaan ini akan mempengaruhi minda remaja sekaligus mendorong golongan ini melakukan aksi-aksi yang dilakukan melalui filem-filem tersebut.Selain itu,pengaruh budaya gejala sosial yang terdapat di dalam filem-filem tersebut turut meracuni fikiran golongan remaja seperti penagihan dadah,seks bebas dan pengambilan alcohol. Dapat dirumuskan di sini,pengaruh rakan dan juga media massa merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlaku gejala merempit.
Punca seterusnya ialah sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak.Pada masa kini,kebanyakkan ibu bapalebih mementingkan pekerjaan berbanding anak sendiri. Ibu bapa begitu alpa dalam aspek materialistik yang menyebabkan mereka begitu fanatik untuk mencari wang demi untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga.Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa diri mereka tersisih dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa.Justeru,anak-anak lebih banyak meluangkan dan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah seperti terlibat dalam aktiviti merempit.Oleh itu,sikap ibu bapa itu sendiri yang mendorong anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah.
Selain itu,tujuan mat rempit merempit adalah untuk mendapatkan kepuasan ekstrim untuk menunjukkan bakat.Contohnya melalui teknik menunggang.Terdapat pelbagai teknik menunggang yang dilakukan oleh mat rempit seperti willi,baring,berdiri dan sebagainya.Teknik menunggang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.Semakin bahaya aksi yang dilakukan semakin mendapat sokongan dan tepukan daripada penonton dan mereka bangga menjadi juara.Oleh itu,tidak dapat dinafikan golongan mat rempit ini merempit hanya untuk kepusan diri sendiri sekaligus dapat menunjukkan bakat yang mereka ada tetapi malangnya bakat-bakat yang dimiliki oleh mereka adalah bakat yang akan memusnah hidup mereka bukannya bakat yang dapat membawa mereka ke tempat yang lebih tinggi seperti menjadi pelumba motosikal yang terhandal di dunia.
Isu mat rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh kelonggaran penguatkuasaan undang-undang.Pelbagainusaha yang dilakukan oleh pihak polis untuk menangani gejala ini tetapi selalunya akan menemui kegagalan.Contohnya,usaha pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakkan mat rempit seolah-olah diperlekehkan oleh golongan mat rempit.Golongan mat rempit akan menyembunyikan dan melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dan setelah didapati aktiviti pengawasan telah berakhir,mereka akan kembali beraksi dijalan.Selain itu,mereka yang pernah ditangkap tidak akan serik untuk masuk ke dalam lokap semula kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang dikeluarkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan(JPJ).Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kelonggaran penguatkuasaan undang-undang telah menyebabkan mat rempit tidak berasa takut sebaliknya mereka semakin mendabik dada untuk mencabar kewibawaan undang-undang.
Bagi membendung masalah masalah mat rempit ini daripada terus berleluasa pelbagai langkah perlu diambil.Diantaranya ialah peranan ibi bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak.Ibu bapa perlu meluangkan masa sebanyak yang mungkin untuk bersama anak-anak.Ibu bapa perlu duduk bersama anak-anak sekaligus memberi peluang kepada anak-anak untuk meluahkan dan menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.Ibu bapa perlu menanyakan kepada anak-anak apa masalah yang dihadapi oleh mereka.Justeru, inilah masa yang paling sesuai untuk ibu bapa menunjukkan keprihatinan mereka terhadap anak-anak.Ibu bapa harus memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak sekiranya terdapat kepincangan yang berlaku seperti anak terlibat dalam kegiatan mat rempit.Apabila situasi ini berlaku,anak-anak akan merasakan diri mereka masih mendapat perhatian daripada ibu bapa dan merasa diri mereka disayangi.Selain itu,ibu bapa perlu memantau kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah dari semasa ke semasa serta mengambil tahu rakan-rakan yang sentiasa bersama-sama anak mereka.Sekiranya tindakan ini diambil,anak-anak akan merasakan segala gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan oleh ibu bapa .Apabila situasi ini berlaku,kemungkinan besar dapat mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam kancah sosial seperti merempit.Oleh itu,ibu bapa merupakan tunggak utama dalam membendung gejala mat rempit ini.
Langkah seterusnya ialah penglibatan pihak berwajib untuk membendung fenomena ini.Pihak polis perlu mengenakan tindakan yang lebih mantap untuk menghapuskan gejala merempit ini.Contohnya,pihak polis perlu meningkatkan jumlah kompaun terhadap mat rempit.Selain itu,undan-undang yang lebih ketat dan sistematik perlu dilaksanakan bagi membendung gejala ini.Contohnya,menambahkan tempoh tahanan reman di lokap.Operasi besar-besaran perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan gejala merempit semakin berkurangan.Cadangan yang diberikan oleh kerajaan iaitu merampas motosikal dan menggantung lessen mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram adalah wajar dijalankan dan dilaksanakan dengan secepat yang mungkin bagi membendung masalah ini.Cadangan ini telah memberikan isyarat nyata bahawa kerajaan memandang serius terhadap gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah yang drastik untuk menangani masalah ini.Oleh itu,pihak berwajib perlu mengetatkan lagi undang-undang supaya gejala ini dapat dibanteras dengan sebaik mungkin.
Kesimpulannya,masalah mat rempit haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa,masyarakat,kerajaan dan bukan kerajaan(NGO).Sebagaimana gejala sosial yang lain,peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha dalam menangani masalah ini.Sikap berganding bahu mengembleng kudrat antara satu sama lain amatlah penting untuk menangani gejala merempit ini.Golongan remaja merupakan modal insan yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.Kemungkinan dengan usaha tanpa henti yang dilakukan oleh semua pihak,deruman enjin matosikal dan aksi kurang baik mat rempit tidak akan kedengaran lagi.Oleh itu,ayuhlah sama-sama kita tangani masalah ini dengan penuh rasa tanggungjawab supaya gejala ini dapat dibanteras dengan sebaik mungkin.
0 comments:
Post a Comment