BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Pembuangan Bayi






Mutakhir ini,Malaysia dengan gahnya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun begitu, masyarakat kini seolah-olah semakin alpa dengan perkembangan gejala sosial yang semakin merucing di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas dan di tepi longkang tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalang di sebalik senario ini sanggup membuang bayi dengan harapan mereka akan diberi peluang untuk menjalani kehidupan baru di samping mereka tidak sanggup menghadapi ejekan dan cacian masyarakat setempat. Jika diimbas kembali, dunia ini pernah dicemarkan dengan sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan akidah dalam kehidupan mereka.Masyarakat pada zaman itu tiada sifat-sifat kemanusiaan sehinggakan mereka sanggup untuk membunuh dengan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka yang kononnya bagi mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.Kini amalan jahiliah tersebut diulang lagi seolah-olah sudah seperti fenomena biasa yang tiada penghujungnya. Minbar ini ingin mengingatkan bahawa perbuatan zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam.Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa' ayat 93 yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,maka balasannya ialah neraka jahanam,kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”
Menurut statistik daripada pihak berkuasa tempatan didapati jenayah pembuangan bayi terus meningkat dari tahun ke tahun.Ini dapat dibuktikan pada tahun 2007 sebanyak 76 kes dilaporkan berbanding 62 kes pada tahun 2006 di seluruh negara,jumlah tersebut mengalami peningkatan berjumlah 23%.Manakala,sepanjang tempoh 2004 sehingga 2007 sebanyak 252 kes telah direkodkan,dan seramai 61 bayi mengalami kematian.
Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan gejala ini semakin menular dikalangan remaja. Antaranya, keruntuhan institusi kekeluargaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu bapa yang sibuk bekerja acap kali mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka seperti tidak memberi pendidikan agama yang cukup sebagai benteng dalam kehidupan anak-anak mereka. Implikasinya,anak-anak mereka tidak mempunyai pegangan jati diri yang kuat yang dapat mengelakkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif seperti pergaulan bebas yang seterusnya akan mengakibatkan remaja tersebut terjerumus ke kancah maksiat.

Selain itu, tiada pengawasan daripada ibu bapa juga akan mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang merupakan individu yang paling mudah untuk mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif khususnya. Hal ini dapat dilihat di mana ,masalah sosial di kalangan pekerja-pekerja kilang yang terutamanya remaja yang dating dari kampong. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk memantau anak-anak mereka, walau bagaimana sibuk sekalipun. Hal ini bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat di dalam masalah sosial.

Seterusnya, penubuhan pusat-pusat penjagaan bayi yang di buang turut menjadi penyumbang kepada peningkatan peratusan pembuangan bayi pada waktu ini. Hai ini demikian kerana, mereka akan beranggapan anak yang di buang itu akan mempunyai tempat perlindungan dan seterusnya ada pihak-pihak lain yang akan menjaga anak-anak mereka. Hal ini dapat dibuktikan dalam akhbar “Berita Minggu” yang mengutarajan tentang “Bayi terbuang menjadi rebutan ramai”. Ini terbukti apabila hampir 300 pasangan yang kebanyakkannya pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak memohon utuk mengambil anak angkat dari Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) yang terletak di Petaling Jaya. Setiausaha Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim yang menguruskan Baby Hatch itu ,Azura Banu, berkata pihak pengurusan terpaksa nembuat saringan ketat untuk menentukan pasangan yang benar-benar layak mengambil anak angkat ekoran terlalu ramai yang membuat permohonan.

Seterusnya,masalah pembuangan bayi ini akan mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara. Kesan jangka pendek yang akan terjadi ialah keruntuhan nilai-nilai murni dalam kalangan golongan remaja di negara ini khususnya. Manakala kesan jangka panjang ialah negara akan kehilangan asset penting yang berkualiti bagi memaju kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian,persepsi negara asing turut berubah terhadap generasi pelapis di negara ini kerana peningkatan gejala sosial di kalangan remaja di negara ini semakin memuncak saban hari.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”

Kesimpulannya,masyarakat pada hari ini seharusnya perlu lebih prihatin terhadap perkara-perkara yang terjadi di persekitaran mereka bagi mengelakkan masalah ini terus berlaku. Selain itu,badan-badan kerajaan semestinya terus menggiatkan kempen-kempen kesedaran terhadap golongan remaja khususnya tentang implikasa gejala ini terhadap kehidupan mereka pada masa akan datang. Disamping itu,penubuhan rumah-rumah penjagaan anak-anak terbuang harus di kurangkan jumlahnya sebaliknya aktiviti-aktiviti sihat yang dapat menggelakkan remaja daripada terjerumus ke kencah permasalahan sosial harus dipertingkatkan

0 comments: