BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Vandalisme




Vandalisme boleh didefinisikan sebagai tindakan membinasakan harta benda awam dan harta benda orang lain. Pada hari ini, kegiatan vandalisme banyak di laporkan di dada-dada akhbar yang kebanyakannya dilakukan oleh golongan remaja.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan vandalisme ialah pengaruh media massa. Terdapatnya paparan adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai pelbagai unsur perlakuan ke arah kegiatan vandalisme yang boleh mempengaruhi remaja untuk melakukan kegiatan vandalisme ini. Golongan remaja kini mudah terpengaruh dengan media massa yang sering memaparkan adegan negatif dari Barat, apatah lagi mereka tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya dari orang dewasa.

Faktor lain ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Sikap, nilai dan tingkah laku remaja biasanya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Remaja yang mempunyai masalah seperti masalah daripada institusi kekeluargaaan dan sebagainya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Golongan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme ini biasanya tidak mempunyai tujuan dan mereka akan berkumpul dan timbullah pelbagai idea termasuklah kegiatan vandalisme seperti merosakkan harta benda awam untuk memenuhi masa lapang mereka.

Seterusnya ialah sikap individualistik dan materialistik golongan remaja. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan soal kebendaan dan sikap tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan lagi masalah vandalisme ini. Masalah vandalisme ini banyak berlaku di kawasan bandar yang sedang membangun. Golongan remaja yang gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam ini kebanyakannya terdiri daripada golongan yang terpelajar yang dilahirkan di kawasan bandar. Kegiatan ini sukar dikawal kerana sesetengah penduduk di kawasan bandar tidak mengambil peduli terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda.

Kegiatan vandalisme juga memberi kesan buruk kepada masyarakat. Kegiatan vandalisme menyebabkan harta benda awam seperti telefon awam dan sebagainya musnah. Hai ini akan menyukarkan masyarakat sekiranya mereka terpaksa menggunakan kemudahan awam untuk tujuan kecemasan.

Selain itu, kegiatan vandalisme juga memberi kesan kepada negara. Kegiatan vandalisme menyebabkan imej negara tercemar dan menjejaskan ekomoni Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kedatang pelancong dari luar ke Malaysia kerana keadaan persekitaran negara yang buruk dan sikap rakyat yang tidak prihatin. Kesannya, industri pelancongan negara akan merosot. Industi pelancongan merupakan antara penyumbang kepada ekomoni negara. Merosotnya industri pelancongan menyebabkan rakyat menganggur akibat kerugian kerana terpaksa membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam yang telah dimusnahkan.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi membendung kegiatan vandalisme ini. Antaranya ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa perlu memperketatkan lagi hukuman dan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang didapati merosak dan memusnahkan harta benda awam. Hukuman-hukuman seperti menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan sebagainya perlu dilakukan bagi menbendung gejala yang tidak sihat ini. Selain itu, tindakan tegas perlu dilaksanakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi pengajaran kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Selain itu peranan ibu bapa dan keluarga penting dalam menangni masalah vandalisme ini. Ibu bapa berperanan dalam mendidik golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa juga harus menerapkan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab menjaga harta benda awam kepada anak-anak mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kepentingan menjaga harta benda awam. Sekiranya sikap ini dapat diterapkan dalam diri anak-anak sudah tentu kegiatan vandalisme tidak akan berlaku sehingga ke hari ini.

Langkah seterusnya ialah peranan media massa. Media massa selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu memainkan peranan dalam menaman kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama remaja. Media massa juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyampaikan maklumat tentang keburukan kepada remaja. Selain itu media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi menjalankan kempan agar masyarakat memahami dan menghayati kempen yang dijalankan oleh kerajaan.

Secara keseluruhannya vandalisme banyak mendatang kesan buruk kepada individu, keluarga, masyarakat mahupun negara. Hal ini demikian, semua pihak termasuk masyarakat dan kerajaan perlu berganding bahu membanteras gejala yang tidak sihat ini daripada terus berleluasa.

0 comments: